Pages

Tuesday, July 14, 2009

Wedding Henna Work done on 4th July

Salam all, masa yang cepat berlalu dengan hari hari ku yang penuh dengan kerja harian ku. Dah sampai masa nya yang ku janji kan untuk semua kerja inai ku yang ku buat minggu lepas. Pada hari itu, tempahan ku masuk 2 orang dan berlainan tempat. Jarak yang tidak terlalu jauh. Pelanggan ku pertama namanya SUE saja dipanggil. Salam di beri pembuka kata. Kali pertama bersua muka dengan nya biasa lah macam kawan lama. Aku pun dibawa kebilik pengantin dan dimulakan dengan memilih corak yang di inginkan, sedang menunggu Sue memilih corak yang di inginkan aku sibok menyediakan barang-barang ku. Setelah beberapa minit memilih dah pun jumpa dah tengok corak dan sesuai dengan size tangan okey saya mulakan. Dah tempah Package 50 mestilah ada Free kan.... Dah pun aku contengkan untuk diaorang happy habis. yang sebenarnya family sue nak aku stay back around 1 jam lagi, tapi aku tak dapat tunaikan nya lepas ni nak ke Kg. Jerudong pelanggan yang ke 2. "Sorry ye, gambar tak ambil, sibok sangat tak ada masa".

Jam 10.30 malam aku dalam perjalanan ke Jerudong. Nama pelanggan ni Diyah, mudah-mudahan aku tidak terlambat. Kira-Kira 15 minit aku dah tiba di halaman rumahnya. Biasalah call dulu, mana tau belum ready kan... 3 kali mis call aduh mungkin sibok, okey lah tunggu lagi... Then ada call, Diyah yang call katanya dia nak "MASUK PENGANGUN" selepas ni boleh buat henna. Saya okey saja. Masuk 11.30 malam start buat pilihan design henna. Dan lepas tu buat lah kerja-kerja ku,
Design di kaki atas permintaan pelanggan Diyah. Dia nak macam ini:
Package di pilih: Package Inai Pengantin 80. Yang Free 3 orang dah tak sanggup nak bergambar. Lihat jam 3.30pagi, pangantin pun sudah mengantuk ni. Kesihan kan....

Okey kerja ku dah sempurna dan selesai alhamdulillah dan Kepada Sue & Diyah selamat pengantin baru, semoga berbahagia keakhir hayat amin......

Corak India Style.


Malam 8 July - Sedang melihat kembali corak-corak lama yang tersimpan, corak lama yang tidak saya buka lagi, nampak satu corak india ni, rasa nak di coba, lagi pun inai balance minggu lepas masih tersimpan, jika tidak dihabiskan nanti tak boleh di gunakan. Lihatlah hasil nya disini:
Di awal-awal penglibatan saya mengukir inai inilah corak pertama saya hasilkan. Ketika itu inai cone menjadi pilihan. Bentuk corak ini adalah berbentuk seni ukiran india asli.
Tumpuan corak pada atas tangan dan jari.

Setelah corak tersebut selesai, saya nak test warna inai ini.
Saya pun bawa tidur inai ini dan kira-kira pukul 11.00malam dah baru saya tidur dan bangun 5.30pagi dan ini lah hasil warna nya. Warna inai yang merah disebabkan ton kulit saya yang gelap. Sebab itu hasil warna inai menjadi dark red sikit.
Saya akan tunjukan lagi setelah inai 24jam.

Henna, Inai, Pacar, Mehndi......


All the above name is same, they comes from the leaves of the henna Plant. Bruneian call "Pokok Pacar" . The paste or powder which one is more familiar with, is obtained by crushing the leaves into a powder. Fresh henna leaves have a very earthy scent. The art of Henna goes a long way back in countries like India,Egypt and Morocco.

HENNA, INAI, PACAR, MEHNDI is an all natural healthy way to explore body art.

INGREDIENTS It's natural : lemons or tea, henna powder and eucalyptus oil.

This paste is then applied onto hands and feet by using various tools, and design the henna with FREE HAND.

HENNA, INAI, PACAR, MEHNDI color follow your skin ton, its may darker if your skin darker. Like asian skin the henna color more to mix (orange dark red).

TAKE CARE the henna after the paste take off, dont wash the henna if the paste dry. Enought only wipe away with clean tissue, avoid the henna from water to long, if not henna cannot be stand longer and will pale and faint.


TIPS PENJAGAAN WARNA INAI.

Sememangnya inai (pacar) diketahui ramai bahawa warnanya akan memudar dalam masa yang pendek. Ramai yang kurang mengetahui kenapa inai (pacar) cepat pudar.

Inai (pacar) yang dilukis katas kulit kita bersifatkan sementara, dari itu setalah inai (pacar) mengering cukuplah hanya di kopek dan jika masih melekat cukup hanya mengunakan tisu kering untuk membuka inai (pacar) yang melekat.

JANGAN sekali-kali mencuci inai terus ke ayer kerana cebisan inai (pacar) akan melarat ke kawasan (kulit) lain. Ini akan mencacatkan corak (design) inai (pacar) tersebut.

Inai (pacar) yang sudah kering seboleh-boleh nya dihindari dari terkena ayer terlalu kerap atau terendam didalam ayer sabun. Kerana ayer dan ayer sabun akan cepat melunturkan warna inai (pacar) tersebut.

Lapkan atau keringkan dengan tisu atau tuala dengan hanya menekan nekan ditempat inai(pacar) tersebut, elakkan dengan mengosok terlalu kuat ditakuti inai(pacar) pudar.

Kulit akan merasa kering dikawasan yang berinai (berpacar) maka sapu sedikit baby oil agar lembab.

Bagi Pengantin yang masih melakukan lulur (lulut) - Hindar dari kawasan corak (design) tersebut. bedak lulur (lulut) akan menghilangkan (memadam) corak (design) inai (pacar) tersebut.


TALK ABOUT INAI WITH ME!


ShoutMix chat widget